Patrick Kluivert Meninggalkan Indonesia Tanpa Bertemu Penyokong atau Mengucap Maaf

Jakarta, El Sky News – Patrick Kluivert dan kakitangannya telah meninggalkan pasukan kebangsaan Indonesia. Tuan-tuan Belanda meninggalkan skuad Garuda tanpa bertemu penyokong atau meminta maaf.

Harapan Indonesia untuk layak ke Piala Dunia 2026 akhirnya tertangguh bersama impian lain yang tidak tercapai. Dalam dua perlawanan penentuan, skuad Merah Putih itu tewas kepada lawan Timur Tengah yang ternyata bukan sahaja mahir menjual kurma tetapi juga mengelecek bola.

Kluivert yang datang dengan senyuman lebar dan janji manis kononnya nak “bawa DNA bola Eropah” ke Asia Tenggara, akhirnya hanya berjaya bawa drama Eropah – lengkap dengan plot twist dan air mata penyokong.

Ironinya, beliau menggantikan Shin Tae-yong, jurulatih Korea yang waktu itu masih dalam landasan tepat untuk meloloskan Indonesia ke Piala Dunia. Tapi entah kenapa, pihak atasan mungkin fikir, “Nak juga cuba menu baru, bosan makan kimchi, kita cuba stroopwafel pula.”

Bekas penyerang Barcelona itu dikatakan tidak menurunkan skuad terbaik, dan hasilnya seperti yang ramai sudah agak. Indonesia terpaksa menelan kekalahan dengan wajah penuh tanda soal.

Ramai penyokong mendakwa Kluivert mungkin sedang cuba strategi baru yang belum sempat dibincangkan dalam mesyuarat atau mungkin beliau sekadar ikut “feeling” selepas minum kopi terlalu kuat.

Kluivert Sedia Bertanggungjawab, Tapi Mungkin ‘Maaf’ Dah Ketinggalan di Draft

Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Patrick Kluivert, akhirnya muncul di Instagram selepas kegagalan membawa skuad Garuda ke Piala Dunia 2026. Dalam hantaran yang panjang,  m;siap boleh jadi esei untuk tesis bola sepak. Kluivert menyatakan bahawa beliau sedia memikul tanggung jawab sepenuhnya atas kegagalan tersebut.

Namun, para peminat cepat perasan sesuatu: dari mula hingga akhir, langsung tak ada perkataan “maaf.” Mungkin Kluivert fikir “maaf” tu dah auto-translate masuk sendiri, atau mungkin butang “tambah emoji 😔” sudah cukup sebagai ganti kata maaf.

Netizen pun mula berteori, ada yang kata Kluivert tengah simpan kata “maaf” tu untuk posting seterusnya, mungkin bersama gambar kopi dan caption motivasi: “Kegagalan hari ini, kejayaan esok… maybe.”

Walau apa pun, Kluivert tetap tegas mahu bertanggungjawab. Cuma tak pasti sama ada tanggungjawab itu termasuk membayar teh tarik untuk pemain atau sekadar menambah panjang lagi kapsyen Instagramnya.

Kini, Kluivert telah berpisah dengan Indonesia. PSSI memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan Kluivert, walaupun kontraknya sepatutnya berakhir pada tahun 2027.

Indonesia masih mempunyai banyak masa untuk mempersiapkan pasukan baharu, dengan kejohanan terdekat iaitu Piala AFF 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Julai hingga Ogos tahun hadapan.

Leave a Reply

Discover more from EL SKY NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading