Nur Sajat Lari ke Australia: Dari Dunia Kosmetik kePanggung Kontroversi

Malaysia, El Sky News– Nur Sajat, seorang usahawan kosmetik dan figura awam terkenal dari
Malaysia, kembali menjadi perhatian selepas kisah pelariannya ke Australia terbongkar.
Individu yang dikenali menerusi empayar perniagaan kecantikan serta keaktifannya di media
sosial ini pernah menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia atas kes yang berkaitan dengan
undang-undang Syariah.

Kes tersebut bermula pada tahun 2018, apabila Nur Sajat didakwa menghina Islam selepas
menghadiri sebuah majlis keagamaan dengan mengenakan pakaian wanita. Tindakannya
dianggap menyalahi peraturan berpakaian bagi lelaki dalam konteks agama oleh pihak
berkuasa agama Malaysia. Tuduhan itu mencetuskan kecaman meluas dan menyeretnya ke
muka pengadilan Syariah.

Selain itu, Sajat turut mencetuskan kontroversi antarabangsa apabila berkongsi gambar dirinya
berpakaian wanita ketika menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram. Tindakan tersebut
menerima kritikan keras daripada masyarakat dan pihak berautoriti agama yang menganggap
perbuatannya tidak menghormati kesucian rumah ibadat.

Merasa tidak mendapat perlindungan undang-undang yang adil serta mengalami tekanan dan
intimidasi, Nur Sajat mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia. Selepas beberapa
hari bersembunyi di Thailand, beliau akhirnya memperoleh suaka politik daripada kerajaan
Australia dan secara rasmi menetap di negara itu sejak tahun 2021.

Keputusan yang dibuat oleh Sajat iatu berhijrah ke Australia telah menimbulkan pelbagaireaksi daripada pelbagai pihak. Sebahagian pihak mengecamnya sebagai pelanggaran undang-
undang, manakala yang lain khususnya komuniti LGBT dan aktivis hak asasi manusia menyatakan sokongan terhadap keberaniannya. Kehadirannya turut mencetuskan semula
perdebatan mengenai hak transgender dan gesaan terhadap pembaharuan undang-undang
Syariah di Malaysia.

Anak Angkat Kembar Nur Sajat: Syaza dan Syami, Sumber Kekuatan di Tengah
Kontroversi

Di sebalik pelbagai kontroversi yang menyelubungi perjalanan hidup Nur Sajat, terdapat sisi
lain yang jarang menjadi tumpuan umum peranannya sebagai seorang ibu angkat kepada dua
anak kembar, Syaza dan Syami.
Sajat, yang dikenali sebagai figura awam penuh warna dan sering menjadi perhatian media,
sebenarnya memiliki sisi keibuan yang lembut serta sarat dengan kasih sayang. Kedua-dua
anak angkatnya itu telah dipelihara sejak kecil dan kerap muncul dalam hantaran media sosial
Sajat, yang memperlihatkan keakraban serta kehangatan keluarga kecil mereka.
Dalam beberapa kesempatan, Sajat pernah menyatakan bahawa kehadiran Syaza dan Syami
menjadi sumber kekuatan baginya di tengah tekanan serta perhatian umum yang sering
diterimanya. (Langit.News)

Leave a Reply

Discover more from EL SKY NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading